Monday, December 31, 2012

Sunday, December 30, 2012

Mangsa Rogol Di New Delhi Meninggal


KAKITANGAN hospital mengusung mayat mangsa rogol di Singapura, semalam.
Seorang pelajar India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi hingga mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara itu, meninggal dunia di sebuah hospital di sini, semalam.

Di New Delhi, polis tambahan dikerah bersiap sedia menghadapi demonstrasi lebih besar menjelang kepulangan mayat mangsa berusia 23 tahun itu.

Perdana Menteri India mendahului ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa penunjuk perasaan menyalurkan kemarahan mereka secara membina.

Menurut doktor di Singapura, pelajar berkenaan meninggal dunia pada jam 4.45 pagi (waktu Malaysia), hampir dua minggu selepas serangan itu yang mengejutkan penduduk India.

“Organnya gagal berfungsi akibat kecederaan teruk pada tubuh dan otak,” kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth.

Mangsa dirogol oleh sekumpulan enam lelaki mabuk secara bergilir-gilir selepas dia menaiki sebuah bas pada 16 Disember lalu.


Mereka juga memukulnya dengan besi sebelum mencampakkan pelajar itu dan seorang rakan lelaki dari bas yang sedang bergerak.

Dia dibawa ke Singapura dengan pesawat Khamis lalu dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan India. Tindakan itu dikritik oleh beberapa doktor di negara berkenaan yang menyifatkannya sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian orang ramai ketika bantahan terhadap serangan itu meningkat.

Pesuruhjaya Tinggi India di Singapura, TCA Raghavan berkata, keluarga mangsa begitu kecewa dengan kematiannya. Kelmarin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, membunuh diri dengan mengelar lehernya selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki. - AFP

Gara-Gara ‘Girlfriend’ Bergambar Dengan Duit, Si Pakwe Diberkas Polis!


http://i.imgur.com/2wCRk.jpg
Kata orang ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah’.
Itulah yang berlaku kepada sepasang pasangan kekasih di negara China, baru-baru ini.
Ceritanya apabila si teman wanita yang berkerja di kelab malam Zhenjiang ini telah mengambil gambar bergaya sakan dengan duit kertas yang bertimbun.
Lalu memuat naik gambar berkenaan di internet. Tujuannya untuk ‘show off’ dengan rakan-rakan.
Namun, tindakannya yang ingin berlagak itu telah membawa padah kepada penangkapan teman lelakinya yang berusia 50-an dan dikenali dengan nama Chen.
Rupa-rupanya, Chen ini adalah ketua pengedar dadah yang bergerak aktif di Fujian dan Jiangsu!
Kan dah kena… Siapa suruh nak berlagak lagi!
http://i.imgur.com/0og7H.jpg
http://i.imgur.com/2wCRk.jpg

CINTA untuk siapa?


"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"
Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.
Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..
Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku
Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.
Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
"Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnyanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu.."

Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.
Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.
Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.
Love For Allah~

Sunday, December 23, 2012

Keputusan Swansea vs Man Utd




PENYERANG Manchester United, Robin van Persie (empat dari kanan) tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas berlaku pertengkaran antara beliau dan pemain Swansea, Ashley Williams pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, Swansea, malam tadi. Keputusan penuh Swansea 1, Man United 1. - Foto AF