Tuesday, January 29, 2013

Jangan Salahkan Aidil Zafuan – Nazmi Faiz




 Nazmi Faiz dikatakan telah memuatnaik kenyataan di Twitternya dengan mengatakan bekas kekasihnya, Tengku Fiella mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan.
Dia menulis kenyataan itu dengan beberapa siri rantaian antaranya, mengatakan yang Tengku Fiella telah mendapat duit belanja dari Aidil sebanyak RM1 ribu untuk dibelanjakan semasa berada di Johor.
Malah, dia memberitahu yang semasa di Johor pasangan itu dikatakan telah bersekudukan dengan tinggal bersama.
Tidak lama itu, hanya selepas beberapa jam saja, Tengku Fiella pula membalas di Twitter dengan berkata Nazmi Psycho!
Drama yang membabitkan mereka berdua ini tidak berhenti begitu saja apabila Nazmi sekali lagi tampil menerusi kenyataannya dengan mengatakan “Saya mintak maaf pasal perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada berkaitan apa-apa”.
Pelik, Nazmi kini seolah-olah menafikanya pula sedangkan sebelum ini dia yang menuduh demikian.
Sebelum ini, Nazmi memang agak terkenal dengan melancarkan ‘perang’ di Twitter bersama Tengku Fiella.
Kini nampakanya perang itu telah bermula sekali lagi.
Apa-apa pun selesaikanlah dengan cara terbaik. Tidak perlu membuka pekung di dada.

Tayar Monorail KL meletup




KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.
Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.
"Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat. "Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan.
Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.
Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan BomBa dan Penyelamat. "Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula," katanya.
Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.
Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak.

Thursday, January 17, 2013

Ingatkan sampah, rupa-rupanya...

Kota Kinabalu: “Pada mulanya, saya ingatkan sampah lalu mengangkat bekas plastik yang berisi beg plastik berwarna hitam itu kemudian membuang ke dalam tong sampah, namun pelik apabila bekas plastik itu agak berat.
“Saya kemudian mengambil semula bekas plastik itu dan sebaik membuka, saya terkejut apabila melihat kaki manusia yang baru dilahirkan,” kata Rosnie Suli, 57, yang menemui janin cukup sifat di tempat pembuangan sampah di kawasan Kompleks Api-Api Centre, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Rosnie dikatakan sedang membuang sampah di tempat pembuangan dan terkejut melihat bekas plastik mengandungi janin di dalam tong sampah kecil yang dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam.

Rosnie yang bekerja sebagai tukang bersih di kompleks berkenaan berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan sedang menjalankan kerja membuang sampah di tempat pembuangan sampah terbabit.

Foto

 “Saya mengangkat bekas plastik itu di dalam tong sampah kecil lalu membuang ke tong sampah besar di tempat pembuangan sampah. Namun, saya agak curiga kerana bekas berkenaan agak berat.

Hukum pemakaian inai menurut islam

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEQHX1asx6n5Y3gTPQp07F8Ehj4njR3LY10__SVxcRPNKjRFsiQfBbeYmHc-00j9HOfXsMBLMc0C8FP1ks-c-S4FdTUwBJleuTWy5Q4PIKJLJuXqp2eNI9fiNDsNtBoUXJEsoBOuvYocuo/s1600/inai+di+jari.jpg


 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.